Skip to main content

USM Convocation Ceremony Universiti Sains Malaysia  | BM BI

PERATURAN DALAM DEWAN

Tahniah di atas kejayaan anda menamatkan pengajian. Dengan sukacitanya anda dijemput menghadiri Upacara Konvokesyen USM  untuk penganugerahan Ijazah anda.

Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) akan bermula pada 25 November hingga 2 Disember 2025.

Upacara konvokesyen ini akan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Maklumat lengkap Garis Panduan Upacara Konvokesyen boleh muat turun di menu PANDUAN GRADUAN.

Sidang 1 hingga Sidang 14 berlangsung di DTSP dan penganugerahan ijazah-ijazah akan dijalankan secara dua sesi setiap hari. Sila rujuk maklumat Konvokesyen di menu INFORMASI untuk maklumat lanjut.

Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:

GRADUAN

  • Memasuki DTSP mengikut pintu yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada jam 8:30 pagi (untuk sidang pagi) dan 2:30 petang (untuk sidang petang). Graduan yang lewat tidak akan dibenarkan memasuki dewan.

  • Tidak dibenarkan keluar sehingga sidang konvokesyen tamat.

  • Graduan perlu duduk di blok dan tempat yang ditetapkan sepertimana yang tercatat pada Kad Graduan.

  • Tidak dibenarkan membawa masuk beg, kad pelajar, kad RFID seperti kad Touch n Go, kad parkir, kad akses pejabat dan lain-lain yang dikhuatiri mengganggu sistem bacaan kad graduan.

  • Graduan tidak dibenarkan memasuki dewan jika tidak mematuhi peraturan berpakaian seperti yang ditetapkan.

  • Sekiranya graduan memerlukan bantuan sila hubungi Marsyal bertugas.

PERGERAKAN KELUAR DEWAN

  • Graduan keluar DTSP melalui pintu yang telah ditetapkan.

  • Graduan perlu mematuhi arahan daripada Marshal yang bertugas untuk keluar dewan. 

PERATURAN DALAM DEWAN