Skip to main content

USM Convocation Ceremony Universiti Sains Malaysia  | BM | BI

๐ŸŽ“

ALUMNI USM

PUSAT PEMBANGUNAN ALUMNI (ADC)

๐Ÿ“–

PENGENALAN

Pusat Pembangunan Alumni adalah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) dan bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Naib Canselor HEPA secara efektif pada tahun 2014. Semasa awal penubuhannya pada tahun 2000, pengurusan alumni diletakkan di bawah pengurusan Pejabat Naib Canselor yang dinamakan Pusat Perhubungan Alumni.

Peranan utama ADC adalah seperti di bawah :

  1. Pemumpukan semangat โ€œSaya Sayang USMโ€ kepada pelajar, alumni dan pemegang taruh,
  2. Komunikasi berterusan melalui laman web, emel, media sosial dan Alumni News,
  3. Kerjasama melalui Persatuan Alumni USM (PAUSM), PTJ (Alumni Ambassador), Industri dan Universiti Awam (MALUMNI),
  4. Mengumpul sumbangan para alumni melalui projek-projek khas (Sumbangan B40, Zakat,Hadiah Pingat Emas, Hadiah Buku dan lain-lain),
  5. Pelaksanaan perkhidmatan:
    1. Memastikan pangkalan data yang berintegrasi (Dashboard Alumni)
    2. Menjaga keselamatan data alumni
    3. Bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Pelajar (PPP) dan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) bagi kemajuan kerjaya para alumni.
๐ŸŒ

LAMAN SESAWANG ADC DAN SISTEM ALUMNI USM

Laman sesawang ADC boleh dilayari melalui usmalumni.usm.my . Sesawang ini akan membantu Universiti dalam memperkukuh dan memperkasakan kerjasama yang lebih baik di antara alumni dengan Universiti.

๐ŸŒ Laman Sesawang ADC http://usmalumni.usm.my/
๐Ÿ”— Laman Sesawang ADC

Pihak ADC juga menyediakan Sistem Alumni USM, ( http://welead.usm.my/graduan ) bagi memastikan alumni mengemaskini maklumat terkini.

๐Ÿ”— Sistem Alumni USM http://welead.usm.my/graduan
๐Ÿ”— Sistem Alumni USM

Laman sesawang dapat membantu merealisasikan hasrat Universiti bagi menggalakkan bekas pelajar menyumbang tenaga, idea serta kewangan bagi menjadikan USM salah sebuah Universiti terkemuka di rantau ini.

ADC ingin mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun ini. Ikuti perkembangan kami bagi mendapatkan informasi terkini Universiti dan mengeratkan hubungan silaturrahim dan โ€˜kekeluargaanโ€™ sesama ahli alumni.
โ„น๏ธ

Untuk maklumat lanjut mengenai ADC

Untuk maklumat lanjut
mengenai ADC, anda bole imbas kod respon pantas seperti di bawah:

Kod respon pantas ADC
๐Ÿ“ฑ

Kemaskini Data dan Maklumat

Bagi graduan yang ingin
mengemaskini data dan maklumat terkini, anda bole imbas kod respon pintas seperti di sediakan di bawah.

Kod respon pintas kemaskini data