Graduan diingatkan untuk memastikan perkara berikut :
-
telah menonton video SOP Pergerakan Graduan Semasa Upacara Konvokesyen bagi tujuan pematuhan tatacara Upacara Konvokesyen ke-64.
-
telah membaca dan memahami Garis Panduan Upacara Konvokesyen ke-64.
-
mematuhi prosedur operasi standard kesihatan Upacara Konvokesyen ke-64.
-
telah menyelesaikan semua hutang tertunggak dengan pihak Universiti.
-
telah melengkapkan slot tempahan janji temu pengambilan pakaian akademik dan dokumentasi e-Slip sebagai bukti.
-
menerima pakaian akademik yang lengkap dan berada dalam keadaan yang baik.
-
mematuhi Kod Etika Pakaian Upacara Konvokesyen.
-
melakukan pendaftaran diri dan mengambil kad graduan di Dewan Kuliah yang ditetapkan.
-
memulangkan pakaian akademik dan kad graduan di Bilik Jubah Utama yang ditetapkan.
-
melengkapkan Kajian Graduan dan mencetak Slip Pengesahan Graduan.
-
mengambil skrol ijazah serta transkrip akademik di DUP A dan foto konvokesyen di DUP B.
PASTIKAN ANDA MEMBACA SEMUA ARAHAN DENGAN TELITI