Skip to main content

USM Convocation Ceremony Universiti Sains Malaysia  | BM | BI

🎓

PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK

Universiti Sains Malaysia

📅 Tempahan Pakaian Akademik & Slot Janji Temu

Graduan hendaklah melengkapkan tempahan pakaian akademik dan slot janji temu melalui pautan graduate.usm.my menggunakan ID dan kata laluan emel graduan (emel USM) bermula 2 November 2026 (bermula 9:00 pagi) hingga 13 November 2026 (11:59 malam).

A
Graduan hendaklah melengkapkan tempahan pakaian akademik dan slot janji temu melalui pautan graduate.usm.my menggunakan ID dan kata laluan emel graduan (emel USM) bermula 2 November 2026 (bermula 9:00 pagi) hingga 13 November 2026 (11:59 malam). Maklumat tempahan dan slot janji temu adalah muktamad. Graduan hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
B
Pengambilan pakaian akademik adalah secara janji temu mengikut sidang yang telah ditetapkan. Graduan hendaklah memastikan ukuran jubah, topi, tarikh dan masa janji temu yang dipilih adalah tepat. Sebarang pertukaran dan pindaan adalah tidak digalakkan.
C
Graduan hendaklah mengemukakan e-slip pengambilan pakaian akademik yang dijana melalui sistem tempahan serta slip pengesahan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) semasa pengambilan pakaian akademik.
D
Graduation In Council (GIC) hendaklah mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam perkara C dan resit pembayaran wang cagaran pakaian akademik di Kaunter Pengambilan Pakaian Akademik.
E
Pengambilan pakaian akademik oleh wakil graduan adalah dibenarkan dengan mengemukakan dokumen seperti yang dinyatakan dalam perkara C. Seorang wakil hanya dibenarkan mewakili tiga (3) orang graduan sahaja. Graduan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengambilan pakaian akademik yang dibuat oleh wakil.
F
⚠️ PERHATIAN PENTING
Sebelum meninggalkan Kaunter Pengambilan Pakaian Akademik, graduan atau wakil hendaklah memastikan set pakaian akademik yang diterima adalah lengkap iaitu jubah, topi dan kalung serta berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.
G
Hanya graduan atau wakil yang dilantik sahaja dibenarkan berada di lokasi pengambilan pakaian akademik.
H
Lokasi Pengambilan Pakaian Akademik

Lokasi pengambilan pakaian akademik adalah di Bilik Jubah Utama, Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) yang akan dibuka dari 14 hingga 19 November 2026, jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang mengikut tarikh, sidang dan slot janji temu yang telah ditetapkan.

📅
JADUAL PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK
TARIKH SIDANG MASA LOKASI
14 NOVEMBER 2026
(SABTU)
SIDANG 1 9:00 PAGI HINGGA
5:00 PETANG
(Mengikut Masa Janji Temu Yang Ditetapkan)
BILIK JUBAH UTAMA,
DTSP
SIDANG 2
SIDANG 3
SIDANG 4
15 NOVEMBER 2026
(AHAD)
SIDANG 5 9:00 PAGI HINGGA
5:00 PETANG

(Mengikut Masa Janji Temu Yang Ditetapkan)
SIDANG 6
SIDANG 7
16 NOVEMBER 2026
(ISNIN)
SIDANG 8 9:00 PAGI HINGGA
5:00 PETANG

(Mengikut Masa Janji Temu Yang Ditetapkan)
SIDANG 9
17 NOVEMBER 2026
(SELASA)
SIDANG 10 9:00 PAGI HINGGA
5:00 PETANG

(Mengikut Masa Janji Temu Yang Ditetapkan)
SIDANG 11
18 NOVEMBER 2026
(RABU)
SIDANG 12 9:00 PAGI HINGGA
5:00 PETANG

(Mengikut Masa Janji Temu Yang Ditetapkan)
SIDANG 13
19 NOVEMBER 2026
(KHAMIS)
SIDANG 14 9:00 PAGI HINGGA
5:00 PETANG

(Mengikut Masa Janji Temu Yang Ditetapkan)
SIDANG KHAS
🎓

Graduan Berstatus GIC

a. Graduation In Council (GIC) ialah status bagi graduan yang telah menerima skrol ijazah dan transkrip akademik sebelum hadir ke Upacara Konvokesyen.
b. Graduan GIC wajib menjelaskan wang cagaran pakaian akademik sebanyak RM300.00 sebelum membuat tempahan pakaian akademik dan slot janji temu.
c. Bayaran wang cagaran boleh dibuat semasa proses tempahan slot janji temu melalui pautan graduate.usm.my dengan menggunakan ID dan kata laluan emel pelajar. Tiada transaksi tunai diterima di kaunter.
d. Wang cagaran bagi graduan GIC akan dikembalikan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas semua set lengkap pakaian akademik berserta kad graduan dipulangkan dalam keadaan baik dan sempurna.
🎓
PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK
Sila hadir mengikut tarikh, sidang dan slot janji temu yang telah ditetapkan.