🩺
Pematuhan Prosedur Operasi Standard Kesihatan
Syarat Bagi Mengelak Sebarang Penularan Penyakit Berjangkit
⚠️
Syarat dan Arahan Kesihatan
1
Graduan yang disahkan menghidap penyakit berjangkit
(COVID-19, Influenza, Demam Campak dan lain-lain)
oleh mana-mana fasiliti kesihatan dan mendapat
Sijil Cuti Sakit atau arahan kuarantin
tidak boleh menghadiri Upacara Konvokesyen.
2
Sekiranya graduan disahkan menghidap penyakit berjangkit tetapi
tidak menerima Sijil Cuti Sakit daripada fasiliti
kesihatan, maka graduan boleh hadir ke Upacara Konvokesyen
dengan memakai pelitup muka.
3
Sebarang urusan pengendalian melibatkan penyakit berjangkit akan
ditangani mengikut SOP yang ditetapkan oleh
Unit Pengurusan Bencana USM (Nerve Centre)
atau Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian).
📞 Saluran Perhubungan
Unit Pengurusan Bencana USM (Nerve Centre)
04-653 2267 / 04-653 6780
04-653 2267 / 04-653 6780
Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)
04-653 4900 / 012-643 4948
04-653 4900 / 012-643 4948
🛡️
Langkah-Langkah Pencegahan Penyakit Berjangkit
🔔 Peringatan Penting
Semua graduan dan waris digalakkan untuk mengamalkan
langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit bagi
menjaga kesihatan diri dan orang di sekeliling.
- Menjaga kebersihan diri dan kerap mencuci tangan khususnya selepas menyentuh apa-apa permukaan.
- Memakai pelitup muka di tempat awam, terutamanya di kawasan tertutup atau ketika berada di persekitaran orang ramai.
- Mengamalkan etika batuk yang baik. Gunakan tisu atau lengan baju untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin. Buang tisu dengan betul dan segera basuh tangan.
- Jika mempunyai gejala penyakit berjangkit, segera dapatkan rawatan perubatan dan elakkan interaksi sosial.
Kerjasama semua graduan dan waris amat dihargai
bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang
Upacara Konvokesyen.