Skip to main content

USM Convocation Ceremony Universiti Sains Malaysia  | BM | BI

PENGAMBILAN KAD GRADUAN
Semasa Upacara Konvokesyen

PENDAFTARAN DIRI

1. Graduan perlu melapor diri di Dewan Kuliah yang telah ditetapkan mengikut sidang masing-masing seperti berikut:
TARIKH SIDANG MASA PENDAFTARAN
24 NOVEMBER 2026 (SELASA) 1 10.00 pagi
25 NOVEMBER 2026 (RABU) 2 7.30 pagi
3 1.30 petang
26 NOVEMBER 2026 (KHAMIS) 4 7.30 pagi
5 1.30 petang
27 NOVEMBER 2026 (JUMAAT) 6 7.30 pagi
7 2.00 petang
28 NOVEMBER 2026 (SABTU) 8 7.30 pagi
9 1.30 petang
29 NOVEMBER 2026 (AHAD) 10 7.30 pagi
11 1.30 petang
30 NOVEMBER 2026 (ISNIN) 12 7.30 pagi
13 1.30 petang
1 DISEMBER 2026 (SELASA) 14 7.30 pagi
2.
Kehadiran lewat akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan menghadiri Upacara Konvokesyen.
3.
Graduan hendaklah mengenakan pakaian akademik yang lengkap (jubah, topi dan kalung).
4.
Graduan OKU atau berkeperluan khas perlu melaporkan diri di DTSP.

PENGAMBILAN KAD GRADUAN DI KOMPLEKS DEWAN KULIAH

1
Graduan yang tiba di Kompleks Dewan Kuliah akan dibantu oleh Petugas Konvokesyen bagi tujuan pengambilan kad graduan di Dewan Kuliah yang telah ditetapkan.
2
Maklumat Dewan Kuliah mengikut ijazah akan dipaparkan di pintu masuk dewan-dewan kuliah dan Kaunter Urus Setia Graduan.
3
Graduan perlu mengambil kad graduan di Dewan Kuliah untuk mengetahui nombor blok dan nombor tempat duduk graduan di dalam dewan. Hanya graduan yang mempunyai kad graduan dibenarkan memasuki DTSP.
4
Tempoh masa untuk graduan memasuki DTSP ialah mulai jam 7:45 pagi hingga 8:30 pagi (untuk sidang pagi) dan jam 1.45 petang hingga 2.30 petang (untuk sidang petang) melalui pintu masuk yang telah ditetapkan.

Muat turun dan semak tempat pendaftaran mengikut sidang masing-masing :

VIDEO : PENGAMBILAN KAD GRADUAN