Skip to main content

USM Convocation Ceremony Universiti Sains Malaysia  | BM | BI

PENGAMBILAN SKROL IJAZAH
DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Maklumat, prosedur, lokasi dan kaedah penghantaran melalui pos

⚠️
Peringatan Penting

Graduan / wakil hendaklah memastikan semua perkara dan syarat yang dinyatakan di bawah dipatuhi sebelum mengambil skrol ijazah dan transkrip akademik.

1. Pengambilan Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik

A

SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

Perkara yang perlu dipastikan sebelum pengambilan

Graduan / wakil hendaklah memastikan perkara berikut terlebih dahulu sebelum mengambil skrol ijazah dan transkrip akademik:

a. Menjelaskan semua hutang (yuran pengajian, yuran penginapan dan lain-lain) dengan pihak Universiti (jika berkenaan). Bagi graduan yang belum menjelaskan yuran konvokesyen, sila jelaskan yuran berkenaan melalui ePayment ( epayment.usm.my ) sebelum menghadiri Upacara Konvokesyen.
b. Memulangkan buku yang dipinjam kepada pihak Perpustakaan USM (jika berkenaan).
c. Bagi perkara (a) dan (b), sila kemukakan resit pembayaran atau surat pelepasan dari Jabatan Bendahari / Perpustakaan sekiranya anda telah menjelaskan hutang / memulangkan pinjaman buku.
d. Pastikan anda memulangkan pakaian akademik dan kad graduan terlebih dahulu sebelum hadir mengambil skrol dan transkrip.
e. Graduan perlu menyemak dan memastikan semua maklumat pada skrol ijazah dan transkrip akademik yang diterima adalah lengkap dan tepat pada hari pengambilan.
f. Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan skrol ijazah dan transkrip akademik selepas diserahkan kepada graduan.
B

SEMASA KONVOKESYEN BERLANGSUNG

Sepanjang tempoh konvokesyen (24 November 2026 - 1 Disember 2026), skrol ijazah dan transkrip akademik boleh diambil di Dewan Utama Pelajar (A), jam 9:00 pagi sehingga 6:30 petang selepas setiap sidang konvokesyen graduan tamat.

📍 Dewan Utama Pelajar (A)   |   🕘 9:00 pagi – 6:30 petang   |   📅 24 November – 1 Disember 2026
C

SELEPAS KONVOKESYEN

Selepas tempoh konvokesyen, skrol ijazah dan transkrip akademik boleh diambil mengikut ketetapan berikut:

SKROL TARIKH MASA TEMPAT
Ijazah Tinggi/ Ijazah Pertama / Diploma 2 – 4
Disember 2026
9:00 pagi -
5:00 petang
Dewan Utama Pelajar (A)
Ijazah Tinggi Mulai
7 Disember 2026
— Institut Pengajian Siswazah (IPS) - Kampus Induk
Ijazah Pertama / Diploma Mulai
7 Disember 2026
— Unit Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Aras 1, Bangunan Canselori

2. Penghantaran Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik Melalui Pos

A

Graduan perlu mengisi Borang Permohonan Penghantaran Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik melalui pautan seperti di bawah:

Sila maklumkan dan melampirkan bukti slip pembayaran ke emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

📞 HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

GRADUAN IJAZAH PERTAMA / DIPLOMA

Penolong Pendaftar Kanan

Unit Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Aras 1, Bangunan Canselori
11800 USM, Pulau Pinang

B

Caj Perkhidmatan Kurier

Caj bayaran perkhidmatan kurier sebanyak RM8.00 (Semenanjung Malaysia) / RM11.00 (Sabah/Sarawak).

Pembayaran adalah melalui ePayment ( epayment.usm.my ).

C

Peringatan Penghantaran Melalui Pos

Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan / kegagalan penerimaan skrol ijazah dan transkrip akademik.