Skip to main content

USM Convocation Ceremony Universiti Sains Malaysia  | BM | BI

PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK
Ketetapan dan panduan pemulangan pakaian akademik selepas tamat sidang konvokesyen
⚠️ PERHATIAN
Graduan hendaklah memulangkan pakaian akademik dalam keadaan baik, bersih dan kering berserta kad graduan setelah tamat sidang konvokesyen.
a
Graduan hendaklah memulangkan pakaian akademik dalam keadaan baik, bersih dan kering berserta kad graduan setelah tamat sidang konvokesyen di Bilik Jubah Utama, DTSP mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Universiti seperti jadual di bawah.
Penalti akan dikenakan sekiranya berlaku kehilangan kad graduan atau kerosakan pakaian akademik.
📅 JADUAL PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK
TARIKH SIDANG MASA LOKASI
24 NOVEMBER 2026 (SELASA)
HINGGA
1 DISEMBER 2026 (SELASA)
SIDANG 1
HINGGA
SIDANG 14
🕙 10:00 PAGI – 1:00 PETANG
🕝 2:30 PETANG – 6:30 PETANG
📍 BILIK JUBAH UTAMA,
DTSP
2 DISEMBER 2026 (RABU)
HINGGA
6 DISEMBER 2026 (AHAD)
—
🕘 9:00 PAGI – 4:30 PETANG
📍 BILIK JUBAH UTAMA,
DTSP
b
Bayaran penalti lewat pemulangan pakaian akademik akan dikenakan mulai 7 Disember 2026 (Isnin) pada kadar RM20.00 sehari sehingga kadar maksimum yang ditetapkan. Bagi kehilangan atau kerosakan kad graduan, kadar denda adalah sebanyak RM15.00. Bayaran boleh dibuat melalui ePayment (epayment.usm.my) .
c
Graduan hendaklah mengemukakan e-slip pengambilan pakaian akademik semasa proses pemulangan pakaian akademik.
d
Hanya graduan yang telah memulangkan pakaian akademik dan kad graduan serta menyelesaikan semua bayaran yang berkaitan, jika berkenaan, dibenarkan mengambil skrol ijazah dan transkrip akademik.
✓ PULANGKAN PAKAIAN AKADEMIK   •   ✓ PULANGKAN KAD GRADUAN   •   ✓ SELESAIKAN BAYARAN UNIVERSITI
📞 PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai pakaian akademik, sila hubungi Unit Perkhidmatan Kemudahan Pusat, Pejabat Pendaftar melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
📌 PERINGATAN
1. Pemulangan pakaian akademik melalui pos/kurier adalah TIDAK DIBENARKAN.
2. Pihak Universiti berhak mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana graduan yang tidak mematuhi ketetapan penggunaan pakaian akademik sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan ini.

VIDEO PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK & KAD GRADUAN