TERMA & SYARAT PAKAIAN AKADEMIK
Pemakaian pakaian rasmi dan akademik Universiti hendaklah mematuhi ketetapan sebagaimana yang dinyatakan dalam Statut Pakaian Rasmi dan Akademik Universiti Sains Malaysia (USM).
Hanya pakaian akademik/jubah konvokesyen rasmi USM yang ditetapkan dan disediakan oleh Universiti dibenarkan untuk dipakai semasa Upacara Konvokesyen USM.
Sebarang pengubahsuaian, penambahan atau pengurangan pada mana-mana bahagian pakaian akademik termasuk jubah, topi dan kalung adalah TIDAK DIBENARKAN.
Pertukaran pakaian akademik yang telah ditetapkan kepada graduan adalah tidak digalakkan, kecuali atas alasan yang munasabah dan dengan kebenaran pihak Universiti, tertakluk kepada ketersediaan pakaian akademik.
Graduan bertanggungjawab memastikan set lengkap pakaian akademik iaitu jubah, topi dan kalung diterima dan dipulangkan dalam keadaan baik.
Caj akan dikenakan sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pakaian akademik yang dipulangkan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti.
| IJAZAH | JUBAH (RM) | TOPI (RM) | KALUNG (RM) |
|---|---|---|---|
| Doktor Falsafah / Kedoktoran | 570.00 | 100.00 | 320.00 |
| Sarjana | 480.00 | 80.00 | 50.00 |
| Sarjana Muda | 480.00 | 80.00 | 50.00 |
| Diploma | 470.00 | 80.00 | - |
Graduan perlu memulangkan pakaian akademik iaitu jubah, kalung dan topi bersama kad graduan setelah tamat sidang konvokesyen dalam tempoh dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Universiti.
Pemulangan lewat daripada tarikh yang ditentukan akan dikenakan penalti lewat pemulangan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Universiti.
Tuntutan skrol ijazah dan transkrip akademik hanya akan dikeluarkan kepada graduan yang telah:
- Memulangkan pakaian akademik;
- Memulangkan kad graduan;
- Menjelaskan sepenuhnya sebarang bayaran penalti/hutang;
- Menjelaskan caj kerosakan atau kehilangan yang dikenakan oleh Universiti.
Graduan hanya dibenarkan menggunakan seterika wap sahaja bagi mengelakkan kerosakan pada pakaian akademik dan tidak dibenarkan membasuh pakaian akademik.
Pastikan set lengkap pakaian akademik dipulangkan dalam keadaan baik dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti.