Tetamu Graduan
Kehadiran
- Hanya dua (2) orang tetamu graduan dibenarkan hadir.
-
Tidak dibenarkan hadir sekiranya positif COVID-19, di bawah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau bergejala.
- Memasti dan mengekalkan SOP dengan memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap membasuh tangan dengan hand sanitiser selaras dengan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan dan kawalan COVID-19.
- Upacara konvokesyen ini juga boleh diikuti secara langsung melalui laman facebook rasmi USM@USMOfficial1969 atau YouTube live streaming.
Pengambilan Kad Jemputan
- Graduan boleh dapatkan kad jemputan di Kaunter Sekreteriat pada sesi pengambilan pakaian akademik.
- Pihak universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan dan tidak akan diganti.
- Setiap graduan akan diberikan 2 kad jemputan bagi membolehkan tetamu graduan menghadiri majlis konvokesyen.
Peraturan Dalam Dewan
- Memasuki DTSP mengikut pintu yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada jam 9:30 pagi.
- Tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderahati ke dalam dewan.
- Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenar memasuki dewan.
- Tidak dibenarkan keluar dewan sehingga sidang konvokesyen tamat.
- Tetamu graduan yang memasuki dewan dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan etika pemakaian majlis rasmi.
- Tetamu graduan yang memasuki dewan diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada dalam DTSP.
Etika Pemakaian
-
Tetamu Lelaki: Pakaian Kebangsaan/Batik/Lounge Suit/Pakaian Rasmi
-
Tetamu Perempuan: Pakaian Kebangsaan/Batik/Pakaian Rasmi/Pakaian Sopan
-
Kasut: Bertutup