SOP Kesihatan
Pematuhan Prosedur Operasi Standard Kesihatan
Sebelum Upacara Konvokesyen
- Tidak positif COVID-19
-
Tidak bergejala COVID-19 semasa hadir.
- Bukan dalam kategori pengawasan dan pemerhatian (HSO).
Semasa Upacara Konvokesyen
- Graduan perlu melapor diri di Dewan Kuliah yang telah ditetapkan mengikut sidang masing-masing mulai jam 7:15 pagi hingga 8:30 pagi sahaja. Kehadiran lewat akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan menghadiri Upacara Konvokesyen.
- Graduan hendaklah mengenakan pakaian akademik yang lengkap (jubah, topi dan kalung).
- Graduan perlu mengikuti tatacara semasa menghadiri majlis konvokesyen iaitu graduan WAJIB memakai pelitup muka apabila memasuki bangunan Dewan Kuliah dan Dewan Tuanku Syed Putra, amalkan menjaga SOP serta mengikut arahan Petugas Konvokesyen.
- Graduan yang bergejala tidak dibenarkan hadir upacara konvokesyen.
-
Graduan OKU atau berkeperluan khas perlu melaporkan diri di DTSP.