Pengambilan Skrol dan Transkrip Akademik
Sebelum graduan/ wakil mengambil skrol ijazah dan transkrip akademik, sila pastikan:
- Menjelaskan semua hutang dengan pihak Universiti (jika berkenaan). Bagi graduan yang belum menjelaskan yuran konvokesyen, sila jelaskan yuran berkenaan melalui ePayment (https://epayment.usm.my) sebelum menghadiri Upacara Konvokesyen.
- Memulangkan buku yang dipinjam kepada pihak Perpustakaan USM (jika berkenaan).
- Bagi perkara (1) dan (2), sila kemukakan resit pembayaran atau surat pelepasan dari Jabatan Bendahari/Perpustakaan sekiranya anda telah menjelaskan hutang/memulangkan pinjaman buku.
- Graduan perlu menyemak dan memastikan semua maklumat pada skrol ijazah dan transkrip akademik yang diterima adalah lengkap dan tepat.
- Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan skrol ijazah dan transkrip akademik selepas diserahkan kepada graduan.
- Wakil graduan perlu mengisi Borang Persetujuan Pelantikan Wakil melalui link berikut :
a) Bagi Pelajar Ijazah Tinggi : https://forms.gle/WNpd6KsXyyBgKaZX8
b) Bagi Pelajar Ijazah Pertama : https://forms.gle/zhWnt4WX4wkZcMeL7 - Skrol ijazah dan transkrip akademik boleh diambil di Dewan Utama Pelajar (A), jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang selepas sidang konvokesyen graduan tamat bermula 3 hingga 14 Disember 2022 sahaja.
Mulai 15 Disember 2022 dan ke atas, boleh ambil di Pejabat Unit Rekod Pelajar (Ijazah Pertama/Diploma) atau di Pejabat Institut Pengajian Siswazah (Ijazah Tinggi) mengikut waktu pejabat.
Penghantaran Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik Melalui Pos
- Graduan perlu mengisi Borang Permohonan Penghantaran Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik melalui link seperti di bawah:
a) Bagi Pelajar Ijazah Tinggi : https://forms.gle/GsqD5gLNxE92x7YQ8
b) Bagi Pelajar Ijazah Pertama : https://forms.gle/RwcQK77ubkq1Y6hi8
Borang Permohonan Penghantaran Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik ini boleh dihantar kepada Pegawai seperti berikut:
Graduan Ijazah Pertama/Diploma
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Rekod Pelajar,
Bahagian Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendaftar,
Aras 1, Bangunan Canselori
11800 USM, Pulau PinangGraduan Ijazah Tinggi
Timbalan Pendaftar
Institut Pengajian Siswazah,
11800 USM, Pulau Pinang -
Sertakan salinan slip bayaran perkhidmatan kurier sebanyak RM8.00 (Semenanjung Malaysia)/ RM11.00 (Sabah /Sarawak). Pembayaran adalah melalui ePayment ( https://epayment.usm.my).
-
Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan/kegagalan penerimaan skrol ijazah dan transkrip akademik