Terma dan Syarat Pakaian Akademik
- Pemakaian pakaian rasmi dan akademik Universiti hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Statut Pakaian Rasmi dan Akademik Universiti.
- Pertukaran pakaian akademik adalah TIDAK DIBENARKAN bagi mengelakkan risiko penularan COVID-19.
- Sebarang pengubahsuaian di mana-mana bahagian pakaian akademik adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Graduan bertanggungjawab untuk memastikan set lengkap pakaian akademik (jubah, topi dan kalung) diterima dan dipulangkan dalam keadaan baik. Caj akan dikenakan sekiranya pakaian akademik yang dipulangkan rosak atau hilang mengikut kadar seperti berikut : : -
PERINGKAT PENGIJAZAHAN
JUBAH
TOPI
KALUNG
DOKTOR FALSAFAH (PHD)
RM 570.00
RM 100.00
RM 320.00
SARJANA
RM 480.00
RM 80.00
RM 50.00
SARJANA MUDA
RM 480.00
RM 80.00
RM 50.00
DIPLOMA
RM 470.00
RM 80.00
-
Nota: Kadar caj ganti rugi adalah tertakluk kepada pindaan. - Graduan perlu memulangkan pakaian akademik (jubah, kalung dan topi) setelah tamat sidang. Pemulangan lewat daripada tarikh yang ditentukan akan dikenakan dengan dengan kadar yang ditetapkan.
- Pengesahan pemulangan pakaian akademik untuk tujuan tuntutan skrol dan transkrip akademik hanya akan dikeluarkan selepas bayaran denda dijelaskan.
-
Tuntutan wang cagaran bagi graduan Graduation In Council (GIC) akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari selepas semua set lengkap pakaian akademik dipulangkan dalam keadaan baik dan sempurna.