Pengambilan Pakaian Akademik
1. Jadual Pengambilan Pakaian Akademik
Maklumat jadual telah dikemaskini pada 27 Ogos 2019.
TARIKH | SESI | MASA |
14 September 2019 (Sabtu) | S1, S2, S3 & S4 | 9.00 pagi - 5.30 petang |
15 September 2019 (Ahad) | S5, S6 & S7 | 9.00 pagi - 5.30 petang |
16 September 2019 (Isnin) | S8, S9 & S10 | 9.00 pagi - 5.30 petang |
17 - 22 September 2019 (Selasa - Ahad) | S1 - S10 | 9.00 pagi - 5.30 petang |
2. Lokasi Bilik Jubah Utama: Aras Bawah Perpustakaan Hamzah Sendut 1.
Sila klik peta Kampus Induk untuk melihat lokasi Bilik Jubah Utama.
3. Prosedur Pengambilan Pakaian Akademik
- Graduan perlu menyemak status di pautan https://graduan.usm.my (Login dan katalaluan emel graduan), bermula pada 8 Ogos 2019. Cetak SLIP PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK;
- Slip Pengambilan Pakaian Akademik perlu diserahkan di Kaunter Semakan Graduan, Foyer Dewan Tuanku Syed Putra. Sila pastikan Kad Matrik, MyKad atau Passport di bawa bersama untuk tujuan identifikasi;
- Pakaian Akademik boleh diambil di Kaunter Bilik Jubah Utama. Graduan perlu memastikan penerimaan pakaian akademik (jubah, topi dan kalung) yang lengkap sebelum meninggalkan Bilik Jubah Utama;
- Sila pastikan keratan Slip Pengambilan Pakaian Akademik disahkan dan ditandatangani oleh pegawai bertugas.
4. Wang Deposit Pakaian Akademik bagi Graduan GIC
- Kadar wang deposit:
Doktor Falsafah: RM 980.00
Sarjana: RM 620.00
Sarjana Muda: RM 600.00
Diploma: RM 550.00
- RESIT DEPOSIT DAN SLIP PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK (perlu dikemukakan di Kaunter Semakan);
- Simpan RESIT DEPOSIT untuk tuntutan pemulangan;
- Jadual kaunter bendahari bagi tujuan bayaran adalah seperti di bawah :
TARIKH MASA 14 - 21 September 2019
Kaunter Jabatan Bendahari di Foyer DTSP
Nota : TIADA TRANSAKSI TUNAI di KaunterMulai 22 September 2019 Bursary@USM (bersebelahan Maybank cawangan USM)
5. Pelantikan Wakil Bagi Pengambilan Pakaian Akademik
- Graduan dibenarkan melantik wakil untuk mengambil Pakaian Akademik;
- Sila lengkapkan maklumat wakil (nama penuh, nombor kad pengenalan/passport dan nombor telefon bimbit) di pautan https://graduan.usm.my (Login & katalaluan emel graduan), bermula pada 8 Ogos 2019. Cetak SLIP PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK dan serah kepada wakil;
- Wakil graduan kategori "GIC" boleh menggunakan kad Kredit atau Debit untuk bayaran DEPOSIT Pakaian Akademik. Sila rujuk perkara 4 (a), (b), (c) dan (d) untuk maklumat lengkap. RESIT DEPOSIT DAN SLIP PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK perlu ditunjuk bersama di Kaunter Semakan;
- Wakil graduan perlu membawa cetakan SLIP PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK tersebut dan menunjukkan MyKad atau Pasport mereka sebagai bukti pengesahan identiti di Kaunter Semakan;
- Seorang wakil dibenarkan mewakili 3 graduan sahaja. Graduan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengambilan pakaian akademik oleh wakil graduan.