Program Advance Guidance Education System (AGES) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Bimbingan dan Kecemerlangan Pelajar telah ditubuhkan pada tahun 2006, dikendalikan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia melalui Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA).
AGES diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid sekolah disekitar kawasan Universiti Sains Malaysia belajar dalam suasana universiti yang kondusif dan menarik. Program ini juga telah dirangka dengan pelbagai aktiviti luar kelas termasuk kem motivasi, rekreasi, explorace dan bengkel teknik menjawab soalan khas untuk membimbing murid bagi menghadapi peperiksaan. Selain itu, ia memberikan penekanan terhadap aspek pembinaan jati diri yang positif bagi melahirkan masyarakat yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa hadapan.
Sekolah Rendah : Darjah 4 Hingga 6
Sekolah |
Subjek |
Sekolah Rendah (Darjah 4 Hingga 6) |
|
Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 3) |
|
Sekolah Menengah (Tingkatan 4 hingga 5 -Sains Tulen) |
|
Sekolah Menengah (Tingkatan 4 hingga 5 - Sastera Ikhtisas) |
|