MyCSD : CONTINUOUS STUDENT DEVELOPMENT

Continuous Student Development (MyCSD) adalah pengiktirafan pihak universiti kepada penglibatan pelajar melalui program pembangunan siswa yang diikuti sepanjang tempoh pengajian. Maklumat penglibatan ini direkodkan secara sistematik di dalam sistem pangkalan data MyCSD. Transkrip MyCSD ini hanya dikeluarkan kepada graduan Ijazah Pertama (Sepenuh Masa) dan juga graduan Diploma Kejururawatan (Sepenuh Masa).

TARIKH, MASA DAN TEMPAT PENGAMBILAN TRANSKRIP MyCSD BAGI GRADUAN IJAZAH PERTAMA DAN DIPLOMA KEJURURAWATAN

Transkrip MyCSD boleh diambil di Dewan Utama Pelajar (A), mulai ............................, jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang selepas sidang konvokesyen graduan tamat.

Bermula .............................., graduan/wakil boleh mengambil transkrip MyCSD di pejabat BHEPA mengikut waktu pejabat.

PROSEDUR PENGAMBILAN TRANSKRIP MyCSD BAGI GRADUAN IJAZAH PERTAMA (SEPENUH MASA) DAN DIPLOMA KEJURURAWATAN

  1. Sebelum graduan hadir mengambil Transkrip MyCSD, sila pastikan:-

    a) telah memulangkan jubah graduan
    b) telah menjelaskan semua hutang (jika berkenaan)

  2. Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen hendaklah menjelaskan bayaran yuran konvokesyen dan hutang dengan universiti sebelum mengambil Transkrip MyCSD.

  3. Universiti hanya mengeluarkan Transkrip MyCSD sekali sahaja selepas Majlis Konvokesyen kepada para graduan.

  4. Sebaik sahaja menerima sampul Transkrip MyCSD, graduan dinasihatkan untuk menyemak dan memastikan Transkrip MyCSD yang diterima adalah lengkap dan terkandung di dalam sampul surat yang diberikan.

  5. Graduan juga dinasihatkan untuk menyemak ketepatan ejaan Nama dan No. Kad Pengenalan yang tertera di atas Transkrip MyCSD masing-masing.

  6. Cara Pengambilan Transkrip MyCSD adalah seperti berikut:

    a) Hadir ke Majlis Konvokesyen

    i. Graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen perlu mengambil Transkrip MyCSD di Kaunter Pengambilan Transkrip MyCSD, Dewan Utama Pelajar (A).  
       




    b) Wakil

    i. Wakil perlu mengambil Transkrip MyCSD di Kaunter Pengambilan Transkrip MyCSD, Dewan Utama Pelajar (A) sepanjang sidang Konvokesyen atau di Unit MyCSD, BHEPA selepas sidang konvokesyen graduan tamat.
       
    ii. Wakil perlu membawa bersama-sama salinan MyKad sendiri dan pemohon sebagai bukti pengesahan identiti.
       
    iii. Sebarang masalah berbangkit adalah di bawah tanggungjawab graduan.
       
    c) Penghantaran melalui pos

    Terma dan Syarat Pos adalah seperti berikut:

    i. Pemohon perlu membeli dua Sampul Surat Pos Laju bersaiz L. Satu sampul beralamat sendiri dilipat dan dimasukkan ke dalam sampul yang akan dihantar ke alamat tertera di bawah untuk perhatian Encik Abdul Razak Bin Ghazali.
       
    ii. Kos perkhidmatan Pos Laju adalah dibawah tanggungan pemohon.
       
    iii. Sebarang kehilangan atau kerosakan Transkrip MyCSD adalah di luar bidang kuasa Universiti.
       
    iv. Permohonan ini perlu dihantar terus kepada :

    Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA)
    Continuous Student Development Unit (MyCSD)
    Bangunan H21, Kompleks Cahaya Siswa
    Lorong Cahaya
    11800 Universiti Sains Malaysia
    Pulau Pinang

    d) Kehilangan Transkrip MyCSD

    i. Sekiranya berlaku kehilangan Transkrip MyCSD, graduan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Transkrip MyCSD bagi kali kedua iaitu dengan membuat pembayaran sebanyak RM10.00 di kaunter Seksyen Hasil & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari (Bangunan D12) atas nama akaun Tabung Aktiviti Pelajar: 306.JHEP.231701. Resit pembayaran akan diberikan kepada graduan. [Pembayaran secara tunai di Unit MyCSD, BHEPA adalah TIDAK DIBENARKAN].
       
    ii. Sila bawa bersama-sama resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari USM ke Unit MyCSD, BHEPA.
       
  7. Sebarang pertanyaan berkaitan Transkrip MyCSD, sila hubungi talian 04-6536166 atau emel: abdulrazak@usm.my

 

  • HUBUNGI KAMI

    Sekretariat Konvokesyen,
    11800 Universiti Sains Malaysia, Penang.

    PENAFIAN

    Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Convo 62

  • PAUTAN

    Universiti Sains Malaysia
    Sitemap

    PELAWAT
    836541
    TodayToday87
    This MonthThis Month7023
    All DaysAll Days836541
    Highest 11-22-2023 : 2432


    Kemaskini : 3 Januari 2024 icon world | icon admin

  • LOKASI

    dtsp

Hakcikpa Terpelihara  ©  Universiti Sains Malaysia 2019