SOP Kesihatan
Pematuhan Prosedur Operasi Standard Kesihatan
Syarat Tambahan Susulan Penularan Penyakit Berjangkit
- Graduan yang disahkan menghidap penyakit berjangkit (COVID-19, Influenza, Demam Campak dan lain-lain) oleh mana-mana fasiliti kesihatan dan mendapat Sijil Cuti Sakit atau arahan kuarantin tidak boleh menghadiri Upacara Konvokesyen.
-
Sekiranya graduan disahkan menghidap penyakit berjangkit tetapi tidak menerima Sijil Cuti Sakit dari fasiliti kesihatan, maka graduan boleh hadir ke Upacara Konvokesyen dengan memakai pelitup muka.
- Sebarang urusan pengendalian melibatkan penyakit berjangkit akan ditangani mengikut SOP yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Bencana USM (Nerve Centre) di talian 04-653 6771/6773 atau Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) di talian 04-653 4943/012-6434948.
- Semua graduan dan waris digalakkan untuk mengamalkan langkah – langkah pencegahan penyakit berjangkit seperti berikut:
i. Menjaga kebersihan diri dan kerap mencuci tangan khususnya selepas menyentuh apa-apa permukaan.
ii. Memakai pelitup muka di tempat awam, terutamanya di kawasan tertutup atau ketika berada di persekitaran orang ramai.
iii. Amalkan etika batuk yang baik - Gunakan tisu atau lengan baju untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin. Buang tisu dengan betul dan segera basuh tangan.
iv. Jika mempunyai gejala penyakit berjangkit, segera dapatkan rawatan perubatan dan elakkan interaksi sosial.