• Pakaian Akademik
  • Ubahsuai, Rosak @ Hilang

Terma dan Syarat Pakaian Akademik

  1. Pemakaian pakaian rasmi dan akademik Universiti hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Statut Pakaian Rasmi dan Akademik Universiti.

  2. Sebarang pengubahsuaian pada mana-mana bahagian pakaian akademik adalah tidak dibenarkan.

  3. Pertukaran pakaian akademik adalah tidak digalakkan.

  4. Graduan bertanggungjawab untuk memastikan set lengkap pakaian akademik (jubah, topi dan kalung) diterima dan dipulangkan dalam keadaan baik. Caj akan dikenakan sekiranya pakaian akademik yang dipulangkan rosak atau hilang mengikut kadar seperti berikut :-

    PERINGKAT PENGIJAZAHAN

    JUBAH

    TOPI

    KALUNG

    DOKTOR FALSAFAH (PHD)

    RM 570.00

    RM 100.00

    RM 320.00

    SARJANA

    RM 480.00

    RM  80.00

    RM  50.00

    SARJANA MUDA

    RM 480.00

    RM  80.00

    RM  50.00

    DIPLOMA

    RM 470.00

    RM  80.00

    -





    Nota:  Kadar caj ganti rugi adalah tertakluk kepada pindaan.

  5. Graduan perlu memulangkan pakaian akademik (jubah, kalung dan topi) setelah tamat sidang. Pemulangan lewat daripada tarikh yang ditentukan akan dikenakan denda dengan kadar yang telah ditetapkan.

  6. Pengesahan pemulangan pakaian akademik untuk tujuan tuntutan skrol ijazah dan transkrip akademik hanya akan dikeluarkan selepas bayaran denda dijelaskan.

  7. Tuntutan wang cagaran bagi graduan Graduation In Council (GIC) akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari selepas semua set lengkap pakaian akademik dipulangkan dalam keadaan baik dan sempurna.

  8. Penjagaan pakaian akademik :

    a) Graduan hanya dibenarkan menggunakan seterika wap sahaja bagi mengelakkan kerosakan pada pakaian akademik.
    b) Tidak dibenarkan membasuh pakaian akademik.