• Pengijazahan
  • Pengambilan Skrol & Transkrip (Wakil/Kurier)

Pengambilan Skrol danTranskrip (Wakil/Kurier)

PROSEDUR PENGAMBILAN SKROL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK MELALUI WAKIL (LAMPIRAN C & LAMPIRAN SKROL)

Graduan berkenaan boleh menggunakan sama ada cara (1) atau cara (2) berikut  :-

  1. Melengkapkan borang Lampiran A

    Lengkapkan borang Lampiran A  dan serahkan kepada wakil anda. Wakil anda seterusnya perlu mendapatkan borang  Lampiran SKROL dari Bilik Jubah, Unit Kemudahan Pusat, Jabatan Pendaftar setelah serah jubah untuk dikemukakan kepada pegawai yang bertugas di kaunter Unit Rekod Pelajar di Dewan Utama Pelajar (Dewan peperiksaan ‘A’) bagi  pengambilan skrol ijazah dan transkrip akademik.

    atau

  2. Menghantar surat rasmi kepada pegawai berikut:

    • Penolong Pendaftar Kanan,
      Unit Rekod Pelajar,
      Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar,
    • Aras 1, Bangunan  Canselori,
    • 11800 USM, Pulau Pinang
      (bagi graduan Ijazah Pertama dan Diploma).

      atau

    • Timbalan Pendaftar,
      Institut Pengajian Siswazah,
      11800 USM, Pulau Pinang
      (bagi graduan Ijazah Tinggi).

     

    • Surat menyatakan maklumat berikut :-

      1. Nama,
      2. No. Kad Pengenalan/No. Pasport
      3. Gelaran ijazah
      4. No. telefon graduan (Telefon bimbit/pejabat/rumah).
      5. Nama dan No. Kad Pengenalan/No. Pasport wakil kepada graduan berkenaan.

 

PROSEDUR PENGAMBILAN SKROL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KURIER

Mengemukakan Borang Permohonan Penghantaran Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik melalui Pos (Lampiran B) kepada  pegawai berikut bagi memohon penghantaran dokumen berkenaan melalui perkhidmatan Kurier.

    • Penolong Pendaftar Kanan,
    • Unit Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik,
    • Jabatan Pendaftar, Aras 1, Bangunan  Canselori,
    • 11800 USM, Pulau Pinang
    • (bagi graduan Ijazah Pertama dan Diploma).
      atau
    • Timbalan Pendaftar, Institut Pengajian Siswazah, 11800 USM, Pulau Pinang (bagi graduan Ijazah Tinggi).
  1. Sila nyatakan Nama, No. Kad Pengenalan dan Gelaran Ijazah dalam surat anda.

  2. Sertakan salinan slip bayaran perkhidmatan kurier sebanyak RM 8.00 (Semenanjung Malaysia)/ RM11.00 (Sabah /Sarawak).

  3. Tuan/Puan boleh membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian ke akaun CIMB bank Berhad, a/c no. 98986100400005

Sila ambil perhatian bahawa pihak Universiti tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak menerima skrol ijazah dan transkrip akademik ini.

NOTA:

Salinan transkrip akademik boleh dicetak semula sekiranya perlu dengan mengisi borang permohonan salinan transkrip akademik yang boleh diperolehi dari Unit Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar.