• Pengijazahan
  • Pengambilan Skrol & Transkrip (Wakil/Kurier)

Pengambilan Skrol & Transkrip (Wakil/Kurier)

PROSEDUR MENGAMBIL SKROL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK MELALUI WAKIL (LAMPIRAN C & LAMPIRAN SDRP)

Graduan berkenaan boleh menggunakan sama ada cara (1) atau cara (2) berikut  :-

  1. Melengkapkan borang Lampiran C

    Lengkapkan borang Lampiran C  dan serahkan kepada wakil anda. Wakil anda seterusnya perlu mendapatkan borang  Lampiran SDRP dari Bilik Jubah, Pejabat Aset & Operasi (PAO) setelah serah jubah untuk dikemukakan kepada pegawai yang bertugas di kaunter Seksyen Data & Rekod Pelajar di Dewan Utama Pelajar (Dewan peperiksaan ‘A’) bagi  pengambilan skrol ijazah dan transkrip akademik.

    atau

  2. Menulis secara rasmi kepada salah seorang pegawai berikut bagi pengambilan Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik :

    • Penolong Pendaftar Kanan,
      Seksyen Data dan Rekod Pelajar,
      Jabatan Pendaftar, Aras 1,
      Bangunan  Canselori, 11800 USM,
      Pulau Pinang
      (bagi graduan Ijazah Pertama dan Diploma).

      atau

    • Timbalan Pendaftar,
      Institut Pengajian Siswazah,
      11800 USM, Pulau Pinang
      (bagi graduan Ijazah Tinggi).

    • Nyatakan dalam surat ini maklumat-maklumat berikut :-

      1. Nama, No. Kad Pengenalan/No. Pasport, gelaran ijazah yang dianugerahkan dan No. telefon graduan (No. telefon bimbit atau pejabat atau rumah).

      2. Nama dan No. Kad Pengenalan/No. Pasport wakil kepada graduan berkenaan.

PROSEDUR MENGAMBIL SKROL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KURIER

Mengemukakan Borang Permohonan Penghantaran Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik melalui Pos (Lampiran D) kepada salah seorang pegawai berikut bagi memohon penghantaran dokumen berkenaan melalui perkhidmatan Kurier.

  • Penolong Pendaftar Kanan,
    Seksyen Data dan Rekod Pelajar,
    Jabatan Pendaftar, Aras 1,
    Bangunan  Canselori, 11800 USM,
    Pulau Pinang
    (bagi graduan Ijazah Pertama dan Diploma)

    atau
  • Timbalan Pendaftar,
    Institut Pengajian Siswazah,
    11800 USM, Pulau Pinang
    (bagi graduan Ijazah Tinggi).
  1. Sila nyatakan Nama, No. Kad Pengenalan dan Gelaran Ijazah dalam surat anda.

  2. Sertakan salinan slip bayaran perkhidmatan kurier sebanyak RM 8.00 (Semenanjung Malaysia)/ RM11.00 (Sabah /Sarawak).

  3. Tuan/Puan boleh membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian ke akaun CIMB bank Berhad, a/c no. 98986100400005

Sila ambil perhatian bahawa pihak Universiti tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak menerima skrol ijazah dan transkrip akademik ini.

PERINGATAN:

Sila ambil perhatian bahawa skrol ijazah dan transkrip akademik bagi setiap graduan HANYA AKAN DICETAK SEKALI SAHAJA DAN TIADA PENGGANTIAN.

Walaubagaimanapun salinan transkrip akademik boleh dicetak semula sekiranya perlu dengan mengisi borang permohonan salinan transkrip akademik yang boleh diperolehi dari Seksyen Data & Rekod Pelajar, Jabatan Pendaftar.

Sekretariat Konvokesyen, 11800 Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.
Tel : 04-653 6495 / 6496 / 6497 / 6498 - Email : mprc@usm.my | icon admin