• Informasi
  • Alumni USM

Alumni USM

PUSAT PEMBANGUNAN ALUMNI (ADC)

PENGENALAN

Pusat Pembangunan Alumni adalah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) dan bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Naib Canselor HEPA secara efektif pada tahun 2014. Semasa awal penubuhannya pada tahun 2000, pengurusan alumni diletakkan di bawah pengurusan Pejabat Naib Canselor yang dinamakan Pusat Perhubungan Alumni.

Peranan utama ADC adalah seperti di bawah :

  1. Pemumpukan semangat “Saya Sayang USM” kepada pelajar, alumni dan pemegang taruh,

  2. Komunikasi berterusan melalui laman web, emel, media sosial dan Alumni Bulletin,

  3. Kerjasama melalui PTJ (Alumni Ambassador), industri dan Universiti Awam (MALUMNI),

  4. Mengumpul sumbangan para alumni melalui projek-projek khas (Adopt Your Hostel Room @USM, COVID19 Donation Drive, WAKAF@USM, Hadiah Pingat Emas dan Hadiah Buku),

  5. Pelaksanaan perkhidmatan:

    i)    Memastikan pangkalan data yang berintegrasi (Dashboard Alumni)
    ii)   Menjaga keselamatan data alumni
    iii) Bekerjasama dengan Pusat Pembangunan HEBAT dan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) bagi kemajuan kerjaya para alumni.

LAMAN SESAWANG ADC

Laman sesawang ADC boleh dilayari melalui usmalumni.usm.my. Sesawang ini akan membantu Universiti dalam memperkukuh dan memperkasakan kerjasama yang lebih baik di antara alumni dengan Universiti.

Pihak ADC juga menyediakan Sistem Alumni USM, (http://welead.usm.my/graduan) bagi memastikan alumni mengemaskini maklumat terkini.

Laman sesawang dapat membantu merealisasikan hasrat Universiti bagi menggalakkan bekas pelajar menyumbang tenaga, idea serta kewangan bagi menjadikan USM salah sebuah Universiti terkemuka di rantau ini.

ADC ingin mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun ini. Ikuti perkembangan kami bagi mendapatkan informasi terkini Universiti dan mengeratkan hubungan silaturrahim dan ‘kekeluargaan’ sesama ahli alumni.