• Informasi
  • MyCSD

MyCSD : CONTINUOUS STUDENT DEVELOPMENT

Continuous Student Development (MyCSD) adalah pengiktirafan pihak universiti kepada penglibatan pelajar melalui program pembangunan siswa yang diikuti sepanjang tempoh pengajian. Maklumat penglibatan ini direkodkan secara sistematik di dalam sistem pangkalan data MyCSD. Transkrip MyCSD ini hanya dikeluarkan kepada graduan Ijazah Pertama (Sepenuh Masa) dan juga graduan Diploma Kejururawatan (Sepenuh Masa).

TARIKH, MASA DAN TEMPAT PENGAMBILAN TRANSKRIP MyCSD BAGI GRADUAN IJAZAH PERTAMA DAN DIPLOMA KEJURURAWATAN

TARIKH MASA TEMPAT
30 Oktober 2017 1.00 petang hingga 5.30 petang Dewan Utama Pelajar ‘A’ berhadapan padang kawad USM
Mulai 31 Oktober hingga
5 November 2017
9.00 pagi hingga 5.30 petang Dewan Utama Pelajar ‘A’ berhadapan padang kawad USM
Mulai 6 November 2017
**kecuali pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum**

8.10 pagi - 5.00 petang       
(Isnin – Khamis)

8.10 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.00 petang
(Jumaat)

Pejabat Continuous Student Development (MyCSD) ,
Aras Atas , Pusat Rancangan Kokurikulum, Bangunan C15, USM 11800 Pulau Pinang
(bersebelahan Unit Audit Dalam)

PROSEDUR PENGAMBILAN TRANSKRIP MyCSD BAGI GRADUAN IJAZAH PERTAMA (SEPENUH MASA) DAN DIPLOMA KEJURURAWATAN

  1. Sebelum graduan hadir mengambil transkrip MyCSD, sila pastikan:-

    • telah memulangkan jubah graduan
    • telah menjelaskan semua hutang (jika berkenaan)

  2. Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen hendaklah menjelaskan bayaran yuran konvokesyen dan hutang dengan universiti sebelum mengambil transkrip MyCSD.

  3. Universiti hanya mengeluarkan transkrip MyCSD sekali sahaja selepas Majlis Konvokesyen kepada para graduan.

  4. Sebaik sahaja menerima sampul transkrip MyCSD, graduan dinasihatkan untuk menyemak dan memastikan transkrip MyCSD yang diterima adalah lengkap dan terkandung di dalam sampul surat yang diberikan.

  5. Graduan juga dinasihatkan untuk menyemak ketepatan ejaan Nama dan No. Kad Pengenalan yang tertera di atas transkrip MyCSD masing-masing.

  6. Cara Pengambilan transkrip MyCSD adalah seperti berikut:

    1. Hadir ke Majlis Konvokesyen

      1. Graduan yang menghadiri konvokesyen untuk mengambil transkrip MyCSD perlu melengkapkan borang Pengambilan Transkrip MyCSD [MUAT TURUN].
      2. Borang tersebut perlu dimuat turun di laman web Konvokesyen USM.
      3. Sila serahkan borang yang telah lengkap diisi kepada urus setia di Kaunter Pengambilan Transkrip MyCSD seperti ketetapan yang telah dinyatakan.

    2. Wakil

      1. Jika transkrip MyCSD diambil oleh wakil, prosedurnya adalah sama seperti graduan yang menghadiri konvokesyen. Graduan diminta untuk memuat turun dan melengkapkan borang Surat Kebenaran Pengambilan Transkrip MyCSD atau Mohon Diposkan untuk dibawa oleh wakil ketika mengambil transkrip MyCSD sama ada di Kaunter Pengambilan Transkrip MyCSD atau di Pejabat MyCSD.
      2. Wakil perlu membawa bersama-sama salinan MyKad atau salinan Pasport sebagai bukti pengesahan identiti.
      3. Sebarang masalah berbangkit adalah di bawah tanggungjawab graduan.

    3. Penghantaran melalui pos

      1. Graduan boleh memohon kepada pihak MyCSD untuk menghantar transkrip MyCSD melalui pos dengan beberapa dokumen yang perlu disediakan iaitu :

        • Satu surat rasmi permohonan bersama-sama nombor telefon bimbit terkini.
        • Memuat turun dan melengkapkan borang Surat Kebenaran Pengambilan Transkrip MyCSD atau Mohon Diposkan [MUAT TURUN].
        • Satu sampul surat Pos Ekspress bersaiz A4 beralamat sendiri.

      2. Ketiga – tiga dokumen ini perlu dihantar terus kepada :

        • Pejabat Continuous Student Development (MyCSD)
          Pusat Rancangan Kokurikulum
          Universiti Sains Malaysia
          11800 USM, Pulau Pinang.
          (04-6535843)

    4. Kehilangan transkrip MyCSD

      1. Sekiranya berlaku kehilangan ke atas transkrip MyCSD, graduan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan transkrip MyCSD bagi kali kedua iaitu dengan membuat pembayaran sebanyak RM10.00 di kaunter Seksyen Hasil & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari (Bangunan H23) atas nama akaun MyCSD 311/CRKK/418111. Resit pembayaran akan diberikan kepada graduan. [ Pembayaran secara tunai di pejabat MyCSD adalah TIDAK DIBENARKAN].

      2. Sila bawa bersama-sama resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari USM ke Pejabat MyCSD.

  7. Sebarang pertanyaan berkaitan transkrip MyCSD, sila hubungi talian 04-653 5843 atau emel mycsd@usm.my atau berhubung terus di Kaunter Pengambilan Transkrip MyCSD semasa minggu konvokesyen atau terus ke pejabat MyCSD seperti di alamat berikut :

Pejabat Continuous Student Development (MyCSD)
Pusat Rancangan Kokurikulum
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang.

 UNTUK DAPATKAN BORANG-BORANG, SILA KE BAHAGIAN MUAT TURUN.

Sekretariat Konvokesyen, 11800 Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.
Tel : 04-653 6495 / 6496 / 6497 / 6498 - Email : mprc@usm.my | icon admin